YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Konservasi Panda Gergasi (PKGP) di Zoo Negara, Kuala Lumpur. 10 Januari 2026. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta kepada Zoo Negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia berikutan prestasi Zoo Negara yang memberangsangkan.

Perdana Menteri berkata, Zoo Negara berjaya menarik pelancong dan memberi pendedahan pendidikan kepada murid sekolah mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

“Pada lawatan sebelum ini, tahun lalu, saya sudah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi menaik taraf kemudahan dan penyelenggaraan Zoo Negara.

“Tahun ini, saya meluluskan tambahan RM5 juta lagi untuk pengurusan dan penyelenggaraan zoo,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara, dekat sini, hari ini.

PKGP Zoo Negara menempatkan sepasang panda gergasi baharu, Chen Xing dan Xiao Yue yang tiba dari China pada 18 November tahun lalu.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menterinya, Syed Ibrahim Syed Noh; Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing; dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada lawatan hari ini, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan China; Presiden, Xi Jinping; dan Perdana Menteri, Li Qiang; atas sumbangan bermakna itu.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua panda gergasi terbabit adalah tarikan utama kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kepada kementerian, pengarah dan seluruh pasukan yang mempunyai kepakaran menjaga haiwan ini, perkara ini membanggakan kita dari segi keupayaan dalaman.

“Saya dimaklumkan tadi bahawa panda ini sangat memilih, mereka tidak makan sebarang buluh… pelbagai jenis sudah dicuba, tetapi hanya buluh dari Rembau yang diterima,” katanya.

Chen Xing yang juga panda gergasi jantan, dan Xiao Yue (betina) sudah selesai menjalani tempoh kuarantin.

Perjanjian kerjasama konservasi antara Malaysia dengan China telah dimeterai sempena Lawatan Negara oleh Jinping ke Malaysia pada 16 April 2025.

Pemeteraian perjanjian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dengan China Wildlife Conservation Association (CWCA) itu membolehkan Malaysia menerima pasangan panda gergasi baharu bagi tempoh 10 tahun dari 2025 hingga 2035.

By Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *